Suka Hati Kau Ajer Nak U-Turn



 

MEMBELOK tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pemandu yang berdepan detik cemas apabila nyaris terlanggar dua penunggang motosikal dalam sebuah kejadian di Jertih, Terengganui.

Menerusi rakaman ini , ia menunjukkan mangsa yang dikenali sebagai Yongqing Hengkheng Ong, pada mulanya sedang memandu di sebuah jalan menggunakan lorong kanan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua wanita membelok dari bahu jalan untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan jalan.


Mujur Ong sempat mengelak, jika tidak kedua penunggang motosikal itu pasti sudah melayang dirempuh keretanya.

Mangsa juga hampir terlanggar pembahagi jalan akibat tindakannya yang cuba mengelak dari berlakunya kemalangan.

Tindakan kedua penunggang motosikal  itu wajar di kecam  gara-gara membelok tanpa melihat kiri dan kanan malah tidak memakai topi keledar.

0/kiriman komen