Ramai berpuas hati melihat taktik yang digunakan seorang pemandu yang berjaya menggagalkan cubaan culas tol.
Melalui rakaman papan pemuka ini, kejadian tersebut dipercayai berlaku Disember lalu mengikut tarikh pada video tersebut.
Menerusi video ini lagi, pada awalnya, sebuah kereta di belakang pemilik video papan pemuka itu mula ‘cucuk’ kenderaannya dipercayai bertujuan untuk culas bayaran tol.
Pemandu yang berada di hadapan enggan membuat bayaran tol meskipun dihon berkali-kali pemandu yang mengikutinya rapat bagi menunggu masa sesuai untuk membuat bayaran.
Selepas pemandu di belakangnya tidak puas hati dan ingin keluar dari kereta, pemandu di hadapan itu dengan cepat membuat bayaran tol sekaligus mengagalkan cubaan culas tol pemandu di belakangnya.
Macam ini cara untuk halang kereta tak mahu bayar tol terlepas, terima kasih bro..
Kenapa ada orang macam ini? memang tak ada duit ke? geram betullah.
Catat Ulasan