Sepasang pengantin baharu di Gresik, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana melangsungkan majlis perkahwinan secara sederhana tanpa pelamin.
Menerusi video ini, pasangan pengantin itu dilihat duduk di atas kerusi plastik berwarna merah.
Kerusi tersebut dijadikan sebagai pelamin tanpa sebarang perhiasan dan hanya berlatarbelakangkan kawasan rumah.
Majlis perkahwinan sederhana tanpa pelamin dan dekorasi mewah, bukan jadi penghalang.
Yang penting selepas berkahwin! Cukup makan dan tidak berhutang.
Definisi sebenar bahagia tidak perlu mewah.
Catat Ulasan