Anteater Ada Dua Kepala


Seekor haiwan mamalia pemakan semut dikenali sebagai anteater mempunyai dua kepala dirakam di sebuah zoo di Boston, Amerika Syarikat (AS.


Menerusi video ini , menunjukkan haiwan tersebut makan daripada sebatang kayu balak tetapi mempunyai satu lagi kepala putih yang berbulu.

Haiwan tersebut menggerakkan muncungnya di sepanjang kulit kayu balak itu, dengan ‘kepala’ kedua mengikutinya secara serentak.

Mula mula saya fikir ia mempunyai dua kepala. Saya mengambil masa lima minit untuk memastikan saya masih waras.

Saya masih tidak faham apa yang berlaku. Makhluk berkepala dua, Seekor anteater dan seekor lagi kambing. Tiga kaki dan ekor merak? Kenapa  ia seperti memakai kasut?

Sebenarnya, anteater tersebut mempunyai hanya satu kepala,  manakala kepala kedua yang dilihat itu ialah kaki kirinya dan ia merupakan bentuk penyamaran haiwan tersebut.

Haiwan itu mempunyai kaki yang kelihatan seolah-olah mempunyai hidung dan mata. Ia  merupakan penyamaran pintar untuk menakutkan haiwan pemangsa lain.

 

0/kiriman komen