Bomba Pujuk Anjing ‘Merajuk’



Anggota bomba mengambil masa bagi memujuk seekor anjing di beranda bangunan tinggi yang merajuk demi menyelamatkannya daripada terjatuh. Gelagat seekor anjing yang disifatkan seolah-olah merajuk apabila dia memalingkan wajah enggan melihat anggota bomba berkenaan. Bukan senang hendak memujuknya. Abang bomba juga yang perlu memberi ayat manis. Jarang nampak anjing merajuk. Kalau kucing, selalu juga. 

Bertambah lagak diva mereka. Pujuk orang banyak kali dilihat. Pertama kali melihat anjing dipujuk. Rasa comel sungguh abang bomba dan anjing ini. Abang, bagilah dia masuk pasukan anjing pengesan (K9), kasihan. Mungkin dia merajuk sebab sudah lama memohon mahu turut serta pasukan itu. Kita berterima kasih kepada pihak anggota bomba yang selalu ada walaupun masalah sekecil-kecil katak dalam bilik air dan mendoakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
 

0/kiriman komen