Gunung berapi Semeru telah meletus baru baru ini dengan menghamburkan awan abu vulkanik setinggi lebih 1,000 meter ke langit serta memuntahkan lahar ke bahagian bawah, sekali gus mendorong pihak berkuasa menaikkan amaran ke tahap tertinggi. Letusan gunung tertinggi di Pulau Jawa itu yang terletak kira-kira 800 kilometer (km) di tenggara ibu kota Indonesia, Jakarta telah memaksa penduduk kampung-kampung berpindah, setahun selepas insiden letusan tahun lalu yang meragut berpuluh-puluh nyawa.
Menurut kata jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan,tahap ancaman yang meningkat bermaksud tahap bahaya telah mengancam tempat tinggal penduduk serta aktiviti letusan gunung berapi turut meningkat. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan sejurus selepas letusan berlaku namun, Gunawan memberi amaran kepada penduduk berdekatan agar tidak pergi ke jarak 8 km dari kawah selepas tahap ancaman dinaikkan kepada empat.
Peralatan-peralatan perlindungan telah disediakan untuk penduduk terdekat yang sedang berpindah. Menerusi video ini menunjukkan kebanyakan wanita dan kanak-kanak berlindung di sebuah sekolah. Menurut kata ketua pentadbiran tempatan bagi Lumajang, Thoriqul Haq,kebanyakan penduduk telah mula turun ke bawah (kawasan lebih rendah). Gunung Semeru meletus tahun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 51 orang dan memusnahkan lebih 5,000 kediaman.
Catat Ulasan