Tindakan seorang lelaki membela biawak mengundang rasa hairan dan pertikaian ramai yang menyifatkan reptilia itu berbahaya dan boleh ‘makan tuan’. Ramai yang teruja melihat dia bermain dengan haiwan peliharaannya dikenali ‘Toby’ dan tidak kurang juga mengeluarkan kata-kata sindiran kepadanya.
Tidak semua haiwan berbahaya dan jahat. Tetapi, jika terjumpa biawak liar, jangan memperlakukannya seperti Toby pula. Segera menjauhkan diri jika berasa haiwan itu akan memberi ancaman kepada kita. Menurutnya ,meskipun masyarakat mengatakan bahawa haiwan reptilia tidak akan mengenali tuannya tetapi sekurang-kurangnya dia mengenali haiwan tersebut.
Dulu, Toby perlu diikat bagi mengelakkan daripada lari tetapi kini dia hanya perlu diikat dengan kepercayaan.
#
Ya Allah, comelnya. Saya hendak membela harimau saja tidak dibenarkan oleh ibu, apatah lagi hendak pelihara biawak seperti Toby ini.
Catat Ulasan