Kebal Minum Baygon Tapi Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


 

Aksi Ki Galang menyembur racun serangga ke dalam mulutnya.

Seorang lelaki Indonesia yang menjadi sensasi kerana aksi berani dia menyembur racun serangga ke dalam mulutnya dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, anggota keluarga Ki Galang Pamungkas mengesahkan bahawa kematiannya tiada kaitan dengan aksi berbahaya tersebut.

“Sebagai adik lelakinya, saya menolak khabar angin mengatakan bahawa abang saya mati disebabkan racun serangga. Ki Galang sebaliknya meninggal dunia disebabkan serangan jantung pada pukul 6.15 pagi (waktu tempatan).

“Dia mati di sebuah hospital di Jimbaran, Bali. Doktor telah mengeluarkan rekod perubatan menyatakan bahawa punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung,” kata  adiknya, I Nyoman Saputra.


Melalui video ini  yang memaparkan Ki Galang menyembur racun serangga Baygon ke dalam mulutnya tular sehingga ramai netizen meluahkan rasa risau mereka bahawa kematiannya mungkin disebabkan oleh tindakannya itu.

0/kiriman komen