Dua wanita ketakutan apabila diganggu dua lelaki ketika menunggang motosikal dalam kejadian di sekitar Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan di sini. Difahamkan, ketika kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia 20-an menaiki motosikal Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Country Garden menghala ke pusat bandaraya. Mangsa kemudiannya didatangi dua lelaki yang tidak memakai topi keledar keselamatan menaiki motosikal jenis Yamaha 160ZR dan mengganggu mereka.
Menerusi video ini, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.42 malam, 11 Januari lalu . Kedua-dua wanita itu bagaimanapun selamat apabila penunggang motosikal lain yang menyedari kejadian itu dan mengekori dari arah belakang lalu menegur perbuatan suspek. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu berlaku di dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. Ujar Raub, pihaknya berjaya mengesan kedua-dua suspek yang membuat gangguan terhadap orang awam itu dan tindakan saman telah dikeluarkan.
Catat Ulasan