Sebuah majlis berkhatan di Bandung, Indonesia menjadi perhatian ramai kerana disambut secara besar-besar an sehingga kelihatan seperti acara konsert selain turut menelan belanja sebanyak 3 bilion rupiah (RM856,029).
Majlis berkhatan itu dihiasi pentas besar dan disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur.
Menjadi sebahagian daripada majlis mewah anjuran orang kaya. Acara selama empat hari dan empat malam.
Acara itu diadakan oleh hartawan dari Bandung yang memiliki perniagaan angkringan (warung tolak) terkenal di Kota Kembang.
Kos majlis itu ialah 3 bilion rupiah (RM856,029).
Majlis berkhatan itu berlangsung selama empat hari. Tujuan keluarga berkenaan menganjurkan acara berkhatan yang meriah sebegitu adalah kerana mempunyai ramai tetamu selain mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat.
Ia turut kelihatan seperti acara konsert kerana mempunyai pentas besar, sistem bunyi dan multimedia.
Ianya seperti berada di sebuah festival muzik dipenuhi bakat-bakat tempatan yang membuat persembahan,.
Ini yang dinamakan bersedekah untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain.
Catat Ulasan