Menabung Duit Syiling Untuk Beli Motosikal


Seorang wanita di Indonesia mengumpul duit syi­ling selama lima tahun untuk mencapai impian membeli sebuah motosikal dengan menggunakan wang tersebut.


Menerusi rakaman video ini  ,wanita memakai tudung merah berada di dalam sebuah kedai motosikal dengan membawa duit syiling yang begitu banyak.

Bagi memudahkan wang tersebut dikira, wanita itu sudah menyusun dan membungkus duit syiling yang dibawa.

Beberapa pekerja kedai motosikal dilihat mengeluarkan wang itu untuk dikira.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mahu membeli motosikal jenis Honda Scoopy berharga 19.7 juta Rupiah (RM5,675).

Dia mengumpulkan duit syi­ling itu selama lima tahun untuk mencapai impiannya.

Wanita ini menabung syiling selama lima tahun untuk membeli motosikal.

Tak terbayang oleh kita  bagaimana wanita ini berjuang membawa wang syilling yang sebanyak itu ke kedai.



Model motosikal Honda Scoopy yang dikatakan dibeli wanita itu..

0/kiriman komen