
Tular di media sosial Indonesia aksi seorang wanita sedang menangis semasa majlis persandingan suaminya.
Video ini menunjukkan wanita tersebut menangis teresak-esak di sudut sebuah rumah.
Wanita yang didakwa isteri pertama itu beberapa kali dilihat mengusap air matanya dan cuba untuk menahan diri daripada menangis ketika melihat suami diraikan bersama madunya.
Ketika isteri pertama seikhlas hati mengizinkan suami untuk berkahwin lagi,
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang merupakan pengantin lelaki, dilihat sibuk melayan para tetamu bersama isteri baharu dan ibu bapanya.
Ramai yang meluahkan perasaan simpati dan sedih terhadap nasib isteri pertama.
Ya Tuhan, saya turut dapat merasa sakitnya hati wanita tersebut.Semoga dia diberi kekuatan.
Catat Ulasan