Muncung Jet Tentera Terjunam Di Landasan


Seorang juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berjaya menggunakan kerusi anjal untuk keluar dari sebuah jet pejuang kalis radar F-35B Lightning II bernilai £80 juta (RM429.85 juta) di Texas. Juruterbang itu menggunakan kerusi anjal selepas jet tersebut mendarat dalam keadaan yang pelik apabila muncungnya terjunam pada landasan ketika ia mendarat secara tegak di sebuah pangkalan tentera di Fort Worth,baru baru ini.


Melalui rakaman video ini  menunjukkan jet itu turun secara menegak perlahan-lahan seperti pendaratan sebuah helikopter dan sebaik sahaja mendarat, ia melantun beberapa kali ke udara sebelum muncungnya menjunam di atas landasan. Pada ketika itu, juruterbangnya menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri, manakala syarikat Lockheed Martin iaitu pengeluar jet tersebut mengaku kejadian nahas itu dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata ,pihaknya menyedari nahas F-35B di landasan Pangkalan Simpanan Bersama Stesen Udara Tentera Laut di Fort Worth dan memahami bahawa juruterbang itu berjaya menyelamatkan diri. Menurutnya ,keselamatan adalah keutamaan mereka.Pihaknya  akan mengikut protokol siasatan yang sesuai. Sejak tahun 2015, Tentera Udara AS telah mengalami masalah dengan pendaratan secara menegak jet tersebut

 

0/kiriman komen