Penumpang Herdik Staf Syarikat Penerbangan...?


Tindakan biadap seorang pelanggan sebuah syarikat penerbangan yang menyerang dan mengherdik staf khidmat pelanggan mengundang kecaman netizen. Tindakan tidak bermoral pelanggan berbaju putih tersebut namun dibalas oleh staf lain yang enggan melayan permintaannya.


“Itu masalah anda, bukan masalah kami,” kata staf berkenaan.

Sehubungan itu, sikap biadap wanita yang didakwa pelancong luar itu turut mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan dia tidak beradab. Jangan bagi muka hanya kerana mereka memiliki darjat dan duit. Penumpang ini mengamuk kerana dia tidak boleh menaiki kapal terbang disebabkan positif Covid-19. 

Tetapi dia tetap berkeras juga. Dia juga warga asing dan bukannya berasal dari Malaysia. Sebab itu perlu berbahasa Inggeris kepadanya. Hanya mereka yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan saja yang faham situasi ini. Kadang-kadang baran juga, tetapi terpaksa bersabar saja. Mereka sudah meminta staf yang tercedera akibat diserang itu untuk membuat laporan polis menggunakan laporan daripada doktor dan menyaman pelanggan tersebut.

 

0/kiriman komen