Permainan ‘Fun Fair’ Terhenti, Pengunjung Tergantung Terbalik


Situasi cemas pengunjung sebuah taman hiburan (fun fair) berlaku apabila permainan dinaiki mereka tergantung di udara dalam keadaan terbalik.


Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Fuyang, wilayah Anhui itu, permainan dinamakan The Giant Pendulum secara tiba-tiba berhenti ketika berada di titik tertinggi yang menyebabkan pengunjung menaikinya berada dalam keadaan terbalik.

Ia membuatkan mereka terpaksa menanti selama 10 minit dalam keadaan kaki di atas dan kepala di bawah, sebelum bantuan tiba.

Pekerja terpaksa memanjat naik secara manual untuk membaiki permainan itu. Pegawai taman hiburan memaklumkan bahawa kerosakan itu disebabkan oleh masalah berat  yang melebihi kapasiti sepatutnya.

Kesemua mangsa dipulangkan semula wang mereka oleh pihak taman hiburan selain ditawarkan bantuan kewangan untuk sebarang perbelanjaan perubatan.
 

0/kiriman komen