Tumbuhan Bernafas


Sepasukan saintis dari Universiti California di bandar San Diego merakamkan video jarak dekat memaparkan pembukaan dan penutupan stoma.

Stoma ialah liang yang terdapat pada epidermis daun.Dalam video ini, pergerakan stoma pada daun dilihat seperti tumbuhan itu bernafas.


Ia menjadi bukti bahawa tumbuhan membuka dan menutup stoma sebagai tindak balas kepada paras karbon dioksida yang berbeza.

Maklumat itu boleh memberi kesan besar kepada penyelidikan khususnya pertanian pada masa hadapan.

Menurut kata Jurucakap Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) yang membiayai kajian itu, Jared Dashoff,penemuan ini membolehkan penyelidik menyunting isyarat itu supaya tumbuhan boleh mencapai keseimbangan yang betul antara pengambilan karbon dioksida berbanding kehilangan air, serta membolehkan saintis dan penternak tumbuhan menghasilkan tanaman yang cukup kebal untuk persekitaran masa depan.

 

0/kiriman komen