Bapa Hadiahkan Anak Kereta Porsche


Setiap ibu bapa mahu berikan ‘hadiah’ yang terbaik buat anak-anak mereka tiap-tiap kali sambutan hari jadi pada setiap tahun. Kini tular rakaman video di mana sebuah Porsche 718 berwarna kuning dibawa di dalam sebuah kotak akrilik yang dihiasi dengan belon berwarna-warni, ucapan dalam Bahasa Cina dan belon bernombor 21 untuk di beri sebagai hadiah harijadi. 


Momen indah yang dirakam ini  telah mendapat pelbagai reaksi ramai pihak. Ramai tumpang gembira apabila melihat gadis itu memeluk bapanya dengan penuh erat sekali. Difahamkan kereta sportcar tersebut merupakan hadiah oleh bapa untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi buat anak gadis mereka. Kita tidak cemburu lihat gadis itu dihadiahkan kereta sportcar yang berharga ratusan ribu ringgit. Sebaliknya,kita ‘cemburu’ melihat gadis itu masih mempunyai bapa untuk dipeluk dengan penuh kasih sayang. Kita respect bapanya yang berpakaian biasa sahaja tapi mampu menghadiahkan sebuah kereta Porsche buat anak gadisnya yang sangat bertuah.
 

0/kiriman komen