Berdiri Tengah Jalan Demi Rakam Gambar Lori Berhias


Seorang pelancong asing di Thailand dikecam kerana memberhentikan dan keluar dari kenderaan pikap yang dipandunya sebelum berdiri di tengah jalan raya semata-mata mahu merakam gambar lori 10 roda yang dihias.

Pemandu lori berkenaan kemudian merakam video memaparkan gelagat warga asing itu .

Rakaman ini  menunjukkan pelancong asing berkenaan langsung tidak mengendahkan persekitaran jalan raya itu di Sakhon Nakhon, wilayah Isaan.


Dalam rakaman video ini juga , warga asing berkenaan meletakkan kenderaan pikap berwarna jingga di hadapan lori tersebut dan cuba merakamkan gambarnya menggunakan telefon bimbit.

Namun, dia tidak menyedari bahawa perbuatannya itu telah menyebabkan lalu lintas terhenti kerana mengambil masa yang lama untuk mengendalikan telefon bimbitnya.


 

0/kiriman komen