Bergaduh Mulut Tunggu Lama Rawatan Hospital


Kekecohan bergaduh mulut dipercayai antara pesakit dengan kakitangan  hospital berlaku di sebuah hospital kerajaan di Serdang, Selangor.


Kejadian itu dikatakan berpunca daripada masa menunggu giliran yang terlalu lama untuk berjumpa doktor.

Gaduh di hospital, bahagian jantung. Dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. Khidmat yang sangat teruk.

Kedengaran suara bergaduh mulut daripada pesakit yang menunggu dan kelihatan kakitangan hospital cuba memberi penjelasan dan menenangkan mereka.

Ramai yang mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan sepatutnya dalam menyelesaikan isu tersebut.

Semua hospital sama. Bila kita banyak komplen, ramai cakap nak cepat pergi swasta. Entahlah tengoklah sendiri, dulu dan sekarang sama sahaja.

KKM patut lakukan sesuatu. Banyak sangat dah masalah begini berlaku di hospital dan klinik kerajaan.

Kita nak salahkan selebihnya tak boleh juga sebab terlalu ramai. Mungkin dari segi pengurusan boleh diperbaiki. Contohnya ‘fix’ pemberian janji temu rawatan harian.


0/kiriman komen