Bomba, Polis, APM Pun Kena Scam


Empat agensi iaitu jabatan bomba dan penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Klinik Kesihatan Paka terperdaya dengan panggilan palsu kononnya berlaku kemalangan ngeri di Kampung Pinang Merah, Paka di sini malam tadi.

Kemalangan yang kononnya melibatkan sebuah lori, dua buah kereta dan sebuah motosikal sebenarnya tidak pernah berlaku malah lokasi kejadian iaitu Sekolah Kebangsaan Pinang Merah juga tidak wujud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd. Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu mendakwa kemalangan tersebut berlaku pada pukul 8.59 malam.

Beliau berkata, individu terlibat mendakwa dua bas lain turut merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pertama.

Dia mendakwa beberapa mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing namun apabila dua jentera bomba tiba di lokasi kejadian, tiada apa-apa yang berlaku.

Bukan sahaja bomba malah pasukan polis, APM dan ambulans klinik kesihatan juga terperdaya dengan panggilan palsu sama.


Menerusi  klip video ini memaparkan anggota kesemua pasukan keselamatan terpinga-pinga berada di lokasi kejadian kemalangan palsu tersebut mendapat reaksi netizen.

Rata-rata mereka marah dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut yang sahaja membuang masa malah menyusahkan anggota keselamatan.

Cubaan mereka untuk menghubungi semula individu tersebut bagi bertanyakan tentang kemalangan didakwa tidak dijawab
 

0/kiriman komen