Seorang pemberita televisyen di Kenya diganggu oleh seekor gajah ketika membuat siaran langsung. Dalam kejadian pada Isnin lalu, wartawan itu sedang membuat liputan di Sheldrick Wildlife Trust, Nairobi. Ia merupakan pusat pemulihan hidupan liar bukan bermotifkan keuntungan, khusus untuk gajah dan badak sumbu.
Video yang dimuatnaik ini memaparkan wartawan KBC Television, Alvin Patterson Kaunda berdiri di hadapan kawanan gajah untuk memulakan siaran berita. Keadaan kelihatan tenang pada awalnya, namun berubah apabila seekor anak gajah meletakkan belalainya pada bahu Kaunda.
Menurut kata Kaunda ketika memulakan siaran,kerja amal bermula di rumah dan bagi anak-anak gajah yatim piatu ini, Sheldrick Wildlife Trust adalah rumahnya. Inilah tempat di mana ia diajar untuk bertahan hidup, perasaan disayangi dan menangani kesedihan akibat kehilangan induknya. Seekor gajah betina bernama Kindani, 4, kemudian memeriksa telinga Kaunda sebelum menyentuh bahagian atas kepalanya. Kaunda cuba untuk tidak mengendahkan perbuatan gajah itu tetapi ia terus mengusap wajah lelaki itu menggunakan belalainya. Aksi gajah itu menyebabkan Kaunda ketawa dengan kuat sehingga menutup mulut dengan tangannya.
Catat Ulasan