Harimau Betina ‘Berkabung’ Kematian Anak



Kisah yang menyayat hati di mana seekor ibu harimau berwarna putih berkabung selepas dua ekor anaknya yang berusia empat bulan terjatuh ke dalam kolam berais dan lemas di sebuah tempat perlindungan haiwan di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS).  

Harimau itu yang bernama Ginger didapati ‘mengerang’ oleh kakitangan-kakitangan pusat tersebut pada awal pagi Sabtu lalu selepas menyedari bahawa ia telah kehilangan dua anaknya iaitu Nina dan Khan. 


Menerusi video ini , gelagat harimau betina tersebut dengan kepalanya dibenamkan di kaki depannya di dalam kandang.  Salah satu daripada dua ekor anak Ginger yang masih hidup bermain-main dalam cubaan untuk menggembirakannya.  Bagaimanapun, ia tetapi tetap berputus asa.  Dua daripada anak harimau yang lain iaitu Charlotte dan King ditemui selamat.  Ginger telah melahirkan keempat-empat anaknya pada bulan Ogos lalu


 

0/kiriman komen