Jiran Pengotor Buang Air Kecil, Tuala Wanita


Seorang lelaki di  Toa Payoh, Singapura, mendedahkan sikap pengotor seorang jirannya yang gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi.


Beliau berkongsi klip video memaparkan sikap jelik penduduk di kejiranan tersebut.

Dalam video ini, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.

Menurutnya, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan).

Antara bahan buangan yang sering dilontar  dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.

Beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun,  tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. 

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu. Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.

Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, mereka perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama.
 

0/kiriman komen