Seorang pengantin lelaki menyerahkan sejumlah wang tunai dan kucing putih sebagai mas kahwin semasa menikahi wanita pilihannya dalam satu majlis perkahwinan di Indonesia.
“Bapak nikahkan dan kawinkan anakanda kepada puteri bapak kandung yang bernama Syifa Salma Jatun Aini dengan mas kawin wang dan kucing dibayar tunai,” kata bapa mempelai wanita.
Kucing berwarna putih itu dimasukkan ke dalam kurungan kecil berwarna sama dengan haiwan tersebut dan si pengantin perempuan gembira apabila menerimanya.
Pada majlis tersebut juga, pengantin perempuan menyarungkan pakaian berwarna putih dan hiasan kepala sunda , manakala pengantin lelaki memakai songkok dan pakaian sama warna dengan persalinan isterinya.
Catat Ulasan