Lato-Lato Ganggu Akad Nikah


Permainan lato-lato yang kini menjadi kegilaan di Indonesia turut mencetuskan kontroversi apabila bunyi bising alat mainan itu mengganggu ketenteraman orang ramai.


Melalui video ini, seorang jurunikah terpaksa menegur tetamu yang bermain lato-lato semasa akad nikah kerana bunyi mainan itu mengganggu upacara tersebut.

Ketika duduk di hadapan pengantin lelaki dan membacakan lafaz ijab, jurunikah tersebut secara tiba-tiba menghentikan percakapan kerana diganggu  bunyi bising lato-lato.

“Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi. Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu.

Selepas mendengar teguran tersebut, bunyi lato-lato akhirnya lenyap sebelum jurunikah meneruskan upacara tersebut.

Di mana pun berada, suara lato-lato selalu ada.Jangan ada yang berkata mereka hanya kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak juga perlu tahu adab dan sopan ketika berada di majlis orang. Amat penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka agar bersikap sopan di tempat orang.
 

0/kiriman komen