Matahari Hilang Awannya


Satu klip video menunjukkan filamen gergasi plasma ‘terputus’ di Kutub Utara Matahari dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dalam peristiwa yang tidak pernah dilihat sebelum ini, menyebabkan saintis-saintis keliru.


Rakaman ini menunjukkan filamen gergasi plasma atau gas berelektrik terpercik keluar dari Matahari, terpisah dan kemudian beredar dalam pusaran besar kutubnya.

Walaupun ahli-ahli astronomi keliru, mereka membuat spekulasi bahawa penonjolan itu ada kaitan dengan pembalikan medan magnet Matahari yang berlaku sekali bagi setiap kitaran suria.

NASA menggambarkan bahawa filamen suria sebagai awan zarah bercas yang terapung di atas Matahari selain ditambat padanya oleh daya magnet. 
 

0/kiriman komen