Seorang pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK) cedera selepas dilanggar lari oleh penunggang motosikal di hadapan pejabat pihak berkuasa tersebut, baru-baru ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi, Isnin lalu .
Mangsa, Siti Mariam Anisah Ali, 28, berkata, semasa kejadian dia hendak melintas jalan memasuki kerja selepas meletakkan kenderaan di hadapan Dewan Hamzah MPK.
Pada ketika itu, banyak kenderaan dari arah Lorong Perbandaran menuju ke Lebuh Raya Persekutuan. Jadi, beliau perlahan-lahan melintas jalan itu.
Namun, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggang laju melanggarnya sebelum melarikan diri.
Jelasnya, impak kejadian itu menyebabkan dirinya cedera ringan di anggota badan bahagian kiri serta diberikan cuti sakit selama tiga hari daripada Hospital Shah Alam.
Tambah wanita, dia juga telah membuat laporan polis di balai polis trafik Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berasa kesal apabila pelakunya melarikan diri begitu sahaja dan berharap dapat ditangkap dalam masa terdekat.
Catat Ulasan