Penyamun Beg Tangan Di Stesen Minyak


Polis sedang menyiasat video tular ini berhubung satu kejadian samun seorang wanita yang berlaku di sebuah stesen minyak di Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berkenaan di Facebook yang memaparkan kejadian samun berkawan kira-kira pukul 7.30 malam.


Menerusi video ini, kelihatan mangsa yang juga merupakan seorang warganegara tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu dirinya membuka kunci kenderaan.

Mangsa yang selesai mengisi minyak kenderaan kemudiannya membuka kunci kereta dan suspek dengan pantasnya menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian penumpang hadapan.

Hasil semakan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari semalam kira-kira pukul 9 pagi di mana suspek adalah dua lelaki bangsa tidak pasti.

Salah seorang suspek telah membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa.

Anggaran kerugian adalah sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.
 

0/kiriman komen