Proton Wira Laju Lawan Arus


Seorang pemandu kereta jenis Proton Wira bertindak berani mati memandu lawan arus di lorong bertentangan, di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi tadi.


Menerusi video ini, difahamkan kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 pagi tadi di Jalan Sunway menghala ke Jalan Klang Lama.

Kereta berkenaan masih memandu dengan laju walaupun telah dihon berkali-kali oleh kenderaan lain di jalan raya.

Ramai yang mengecam tindakan berbahaya tersebut kerana boleh mengakibatkan kemalangan kepada pemandu lain.

Selalunya orang-orang macam itu memang tengah panik yang terlampau ke? Apa salah pusing balik ikut arus sampai jumpa susur keluar?.

Ini tidak sanggup  membahayakan diri dan pengguna lain.
 

0/kiriman komen