Tular di media sosial bahawa robot setinggi 2.4 meter menjadi pengawal peribadi Raja Bahrain dalam satu acara pameran di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).Ianya kemudian disahkan sebagai berita palsu.
Dalam video ini, seorang lelaki didakwa Raja Bahrain berjalan sambil diekori robot tersebut dalam acara yang didakwa berlangsung di Dubai.
Video lama ini dikatakan muncul semula dan membuatkan orang ramai mempercayainya termasuk sebilangan organisasi media yang turut memainkan berita tersebut.
Maklumat yang tepat mengenai video ini adalah lelaki yang berjalan di hadapannya bukan Raja Hamad bin Isa Al Khalifa selain robot yang mengekori individu berkenaan bukan pengawal peribadinya.
Robot itu sebaliknya bernama Titan.Rakaman itu sebenarnya dirakam pada satu pameran pertahanan di UAE, Pameran Idex, pada 2019 yang diadakan di Abu Dhabi, di mana Titan dipamerkan kepada pengunjung.
Turut di paparkan bendera UAE diletakkan pada bahu dan lengan Titan.
Catat Ulasan