Tanggal Stokin, Lunjur Kaki Dalam Komuter


Seorang penumpang komuter lelaki dikritik kerana dia menanggalkan kasut dan stoking serta melunjurkan kakinya di atas bangku yang terletak di Sydney baru-baru ini. 


Meletakkan kaki di tempat duduk di kereta api di wilayah New South Wales adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.  Pesalah yang melakukan kejadian itu boleh dikenakan denda jika pelakunya ditangkap.  

Berjuta-juta penduduk Sydney menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dan seorang penduduk yang bosan telah mempersoalkan ke mana perginya ‘etika’ mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas.  

Berpuluh-puluh yang lain bersuara mendedahkan keluhan terbesar mereka termasuk mereka yang mendengar muzik dengan kuat dan sampah yang ditinggalkan dalan pengangkutan awan.

 

0/kiriman komen