Aligator Gergasi Lintas Jalan


Seekor aligator bersaiz besar  di kesan sedang berjalan melalui sebuah komuniti mewah di negeri Florida, Amerika Syarikat sehingga menggerunkan penduduk setempat.

Ia berjalan menyeberangi kawasan di Forest Glen Golf & Country Club, bandar Naples pada akhir minggu lalu.


Reptilia sepanjang 3.04 meter yang berkeliaran itu mengubah kawasan kejiranan tersebut menjadi pemandangan seperti dalam filem ‘Jurassic Park’.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Florida dilaporkan telah mengeluarkan haiwan itu dari kawasan komuniti tersebut tanpa melibatkan kecederaan penduduk.

Florida merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 1.3 juta aligator yang boleh ditemui di semua 67 daerah di negeri itu
 

0/kiriman komen