Aligator Tembus Pagar Besi


Seekor aligator gergasi di lihat membengkokkan pagar besi di sebuah padang golf dengan pantas dan mudah.

Haiwan besar itu membengkokkan palang aluminium dan menyelinap terus melaluinya.Kejadian itu berlaku di padang golf persendirian di Placida, negeri Florida.


Menurut kata seorang pekerja, Zach, pihaknya  cuba menggali lubang supaya ia boleh melaluinya tetapi ia memutuskan untuk melalui pagar.

Menurut Zach, dia bersama rakan sekerja telah memasang pagar baharu itu untuk menghalang penceroboh daripada keluar dan menjaga keselamatan orang ramai.

Walaupun kekuatan sebenar aligator belum diketahui, haiwan itu mempunyai daya gigitan lebih 907 kilogram bagi setiap inci persegi iaitu kelima terkuat dalam kesemua haiwan.

Seakan adegan filem Jurassic Park.Ia mempunyai kerjaya sebagai penguji produk pagar.

0/kiriman komen