Anjing Serang Lembu


Seekor anjing dirakam menyerang sekumpulan lembu baka Highland di Glasgow, Scotland.

Anjing baka Bulldog itu kelihatan berlari ke tengah padang dan menggigit kaki dan ekor salah seekor lembu tersebut.

Lembu-lembu tersebut kemudian menyerang anjing bernama Wiston itu sebelum ia dipanggil semula oleh pemiliknya.


Conor Ashe yang berada di lokasi kejadian berkata: “Kami berada di taman Pollock untuk bersiar-siar apabila mendengar kekecohan dengan lembu-lembu itu melenguh. Jadi, kami berlari ke belakang dan terdapat seekor anjing keluar dari hadapan lembu-lembu itu.

“Ia kemudian tergantung di bahagian ekor salah seekor lembu dan mengejar anak lembu. Kami tertekan kerana hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa,.

“Anjing itu berada di kaki salah seekor lembu selama kira-kira seminit sebelum saya mula merakam, jadi kami bimbang sekiranya ia boleh membunuh atau mencederakan salah seekor lembu,” katanya.

Kawanan lembu itu dilihat bermati-matian cuba melarikan diri dari anjing tersebut dan menjauhkannya daripada anak lembu.

Conor melaporkan kejadian itu kepada kakitangan di Burrell Collection yang berkata mereka akan melaporkan serangan itu kepada Renjer Taman. 
 

0/kiriman komen