‘Backflip’ Ketika Terima Ijazah


Seorang pelajar dari China menjadi perhatian netizen selepas melakukan aksi ‘backflip’ sebelum menerima skrol ijazah semasa majlis graduasinya di Britain.


Pelajar bernama Chen Yining berusia 24 tahun yang melakukan aksi tersebut terkejut dengan maklum balas orang ramai di media sosial.

Yining menerima ijazah pascasiswazah dalam bidang latihan dan persembahan tari pada majlis graduasi tersebut.  

Pelajar China, Chen Yining di Britain meraikan majlis tamat pengajian dalam gaya kung fu, diingati oleh guru dan rakan graduan dan menjadi tular di media sosial China.

Luahan kebahagiaan sentiasa indah, lebih-lebih lagi apabila generasi baharu melakukannya dengan bergaya!.

0/kiriman komen