Beli 7 Cincin Emas Guna Duit Syiling


Seorang pelanggan  mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling.

Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.


Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.

Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.

Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.

Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan. 

Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi. 
 

0/kiriman komen