Gajah ‘Kutip Tol’



Aksi seekor gajah menjadi tular apabila di rakam menahan beberapa buah  lori membawa muatan tebu di sebatang jalan sebelum ‘mencuri’ makanan kegemarannya itu.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Thailand,  seekor gajah pada awalnya dilihat berada di tepi sebatang jalan ketika sebuah lori membawa tebu melalui jalan tersebut.


Gajah itu bingkas bangun dan bergerak ke tengah jalan raya lantas menghalang laluan lori berkenaan.

Ia kemudian mengambil sedikit tebu untuk dimakan sebelum bergerak semula ke tepi jalan dan memberi laluan kepada lori tersebut untuk meneruskan perjalanan.

Tidak terhenti di situ, gajah sama kemudian dirakam menahan beberapa lori lain yang turut membawa muatan tebu, seolah-olah ia mengetahui jalan raya itu sering dilalui oleh kenderaan berat tersebut.

Ia dilihat mengambil sebatang tebu daripada setiap lori yang ditahan sebelum memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan itu untuk meneruskan perjalanan.

Dah macam pengutip duit tol.Rasanya gajah itu macam  ‘pemeriksa kualiti’ pun ada . Ia  ‘diupah’ oleh jabatan kawalan kualiti kilang gula untuk memeriksa kandungan gula dalam tebu... 🤣🤣🤣🤣🤣

0/kiriman komen