Gempar Buaya Makan Buaya



Penduduk sebuah kampung di Thailand gempar apabila beratus-ratus buaya yang kelaparan didapati makan sesama sendiri di sebuah ladang ternakan yang terbiar.

Kira-kira 190 ekor buaya dikurung di dalam kandang berhampiran sebuah kampung di wilayah Songkhla, selatan Thailand di mana pemiliknya menternak buaya untuk menghasilkan produk barangan kulit.

Buaya-buaya itu bagaimanapun terabai selepas pemilik ladang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut penduduk, beberapa ekor buaya keluar dari kandang semasa musim hujan dan masuk ke kampung, menyebabkan penduduk ketakutan.

Beberapa ekor buaya mati kelaparan dan sebilangan lagi  mula menyerang dan makan antara satu sama lain.



Menerusi klip video ini, buaya yang tidak berjaya melepaskan diri dari kandang mati dengan bangkai mereput terbiar di kolam yang keruh.

Ketika melakukan pemeriksaan pada 27 Februari lalu, pegawai undang-undang Pejabat Perikanan Wilayah Songkhla, Phirat Tangsukcharoenkun mendapati kandang itu dipenuhi  rumput tinggi dan pokok anggur yang menjadi semak.

Phirat berkata, daripada anggaran 190 ekor buaya, jumlahnya berkurangan kepada sekitar 100 ekor.

Phirat menambah bahawa sebuah syarikat swasta di Chonburi telah mengupah pemilik ladang itu untuk menternak buaya sehingga berusia dua tahun sebelum kulit haiwan itu disiat. Akan tetapi, pemilik itu telah meninggal dunia.

Setiausaha Majlis Pertubuhan Pentadbiran Daerah Wat Khanun, Amorn Putkong berkata, pihaknya telah menghubungi syarikat swasta berkenaan untuk menjaga buaya-buaya  berkenaan

0/kiriman komen