Guna Wajah Kerbau Buat Tutorial Mekap



Media sosial dipenuhi dengan pesohor yang mengkaji produk solekan dan kosmetik, namun seekor kerbau bernama Kalaya disolek wajahnya oleh pemilik haiwan itu yang dikenali sebagai Mod.

Mod memelihara kerbau pertandingan itu yang dibiakkan khas untuk menjadi kuat dan cantik.


Dalam satu video ini, Mod menyolek muka Kalaya dengan pelbagai jenis peralatan persolekan.

“Kami akan melakukan solekan pada Kalaya. Langkah pertama adalah membersihkan mukanya. Sekarang, mari beri ia solekan pada kening. Kami akan membuat penampilan solekan lembut hari ini,” kata Mod.

Walaupun hanya kening tetapi ia membuatnya kelihatan sangat meriah.

0/kiriman komen