Joli Katak Duit Songlap Dari ATM BSN


Jumlah keseluruhan transaksi haram bernilai RM 46,000 dengan 3 hari transaksi bermula 25,26 & 27 March 2023 sebanyak 23 transaksi dan salah satunya transaksi dibuat membeli telefon Iphone 13 pro max di sebuah kedai telekomunikasi di Kapar.

modus operandi dia...
  • Si Perompak yang hina rosakkan mesin ATM
  • Si Perompak yang hina akan berdiri di belakang mangsa tersebut berlakon maacm nak withdraw duit tapi sebenarnya  perhatikan no pin mangsa
  • Kad mangsa akan tersangkut sebab mesin ATM telah dirosakkan




  • Perompak akan berpura pura cuba untuk membantu, dan pada masa tersebut dia akan keluarkan kad lain yang sama dengan kad mangsa ( which is kad mangsa sebelum ni yang dah habis dikebas ) diberikan kepada mangsa tanpa disedari.
  • Kad di dalam mesin ATM Si Perompak boleh ambik & ingat pin.


Mangsa akan ingat kad tersebut rosak. Kejadian akan dilakukan pada hari Sabtu/Ahad. So dia akan sempat buat transaction sebab hari Isnin baru bank buka untuk buat pertukaran kad. Fyi, mangsa warga emas selalunya takkan ada online banking untuk check transaksi.


Minta tolong kerjasama warga media sosial untuk cari pelaku Si Perompak di bawah. Giat melakukan kerja pertukaran kad bank di mesin atm dalam kawasan Selangor & target warga emas. Buat kerja berdua suami isteri. Semoga ada jalan untuk kami dapatkan orang ini.


Please jangan salahkan bank simpanan nasional dan kedai telefon tu, diorang dah buat terbaik untuk membantu pihak saya 🙏🏽🙏🏽


Berita berkaitan.....

KISAH pasangan dipercayai suami isteri yang didakwa menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik seorang warga emas kecoh diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, polis mengesahkan sudah menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang giat memburu suspek terlibat.

Pada 27 Mac 2023, polis menerima laporan daripada lelaki tempatan yang juga pesara kerajaan berusia 62 tahun.

Pengadu mengatakan kad ATM bank miliknya telah ditukar dan digunakan oleh individu tidak dikenali.

Siasatan telah dibuka. Usaha untuk mengesan suspek juga telah dibuat, ujar Polis Kuala Langat menerusi satu kenyataan media.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, di laporkan  mangsa mengalami kerugian bernilai RM46,000 selepas wang simpanannya 'lesap' dikebas seorang lelaki yang menggunakan kad ATM miliknya, baru-baru ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba mengeluarkan wang menerusi mesin ATM di sebuah bank, di Banting, Selangor.

Namun tanpa disedari mangsa, mesin ATM yang digunakannya sudah dirosakkan oleh suspek, menyebabkan kad bank milik mangsa tersangkut dan wang tidak dapat dikeluarkan.

Suspek kemudiannya cuba membantu dan didakwa menukar kad mangsa dengan kad berlainan ketika kejadian.

Suspek didakwa membuat sebanyak 23 transaksi termasuklah membeli telefon iPhone 13 Pro Mac di sebuah kedai komunikasi di Kapar.

Resit pembelian gajet itu serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis yang dikunjungi oleh suspek turut ditularkan di media sosial.( Gambar di atas )

 

0/kiriman komen