Kebas Wang Dalam Tabung ‘Busker’


Seorang pejalan kaki  dengan selambanya telah mencuri wang dari dalam  bekas sumbangan milik seorang seniman jalanan di Orchard Road.


Menerusi video ini  menunjukkan seniman jalanan, Chua Kim Seng, 78, sedang membuat persembahan tarian.

Seorang lelaki muda memakai baju berwarna biru dan fon kepala kemudian menghampiri tabung sumbangan wang milik Kim Seng.

Pada awalnya, Kim Seng menunjukkan isyarat bagus kerana menyangka lelaki berkenaan mahu memberikan tip kepadanya.

Namun, dia kemudian menyedari lelaki itu mengambil wang daripada tabung tersebut dengan selamba sebelum berlalu pergi meninggalkan Kim Seng dalam keadaan terpinga-pinga.

Seorang pejalan kaki lain yang melihat kejadian itu dilihat terkejut dan cuba memanggil lelaki yang mencuri wang tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada lelaki tersebut berjaya diberkas  atau sebaliknya.

Seorang penonton kemudian memberikan wang kepada Kim Seng yang membuatkan warga emas itu menyambung semula tariannya
 

0/kiriman komen