Pelanggan Selit Wang Bawah Pasu

Seorang penghantar barang berusaha mencari wang bayaran yang ditinggalkan oleh pelanggan di bawah pasu bunga.

Tingkah laku penghantar barang yang meniru watak kartun Dora The Explorer itu dipaparkan menerusi video ini.


Pelanggan berkenaan sebelum itu meninggalkan mesej pada sebuah kertas yang mendakwa dia telah menyelitkan wang berjumlah 35,000 rupiah (RM10) di bawah pasu nombor tiga. 

Penghantar barang itu kelihatan keliru kerana terpaksa mencari wang di bawah berpuluh-puluh pasu bunga yang tersusun di atas rak di rumah pelanggan tersebut.

Dia kemudian mula membongkok ke bawah lantai untuk melihat wang di bawah pasu-pasu tersebut. 

Setelah memeriksa beberapa pasu yang disusun di halaman rumah itu, dia akhirnya menemui wang tersebut.

Abang itu bijak, terus dilihat dari bawah. Cuba angkat satu persatu...🤣🤣🤣🤣🤣

0/kiriman komen