Pemandu Trak Tunda Cuai


Polis sedang mengesan pemandu trak tunda yang mengubah laluan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan One Utama menyebabkan motosikal terbabas dan melanggar kereta kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video berkenaan  dimuat naik jam 10 pagi kelmarin.


Menurutnya, video itu memaparkan trak tunda mengubah laluan menyebabkan motosikal mengelak sehingga terbabas dan melanggar kereta di lorong kiri.

Berdasarkan rakaman kejadian itu berlaku pada jam 4.57 petang kelmarin.

Polis sedang mengesan pemandu trak tunda untuk diambil tindakan, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis meminta pemilik atau pemandu trak tunda yang terbabit atau mana-mana saksi yang melihat kejadian itu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Ainurur Firdaus Mahusin di talian 0176345114.
 

0/kiriman komen