
Satu rakaman video menunjukkan lembaga seperti pocong melihat dua wanita asyik bermain lato-lato pada waktu malam.
Dalam kejadian itu, seorang wanita memakai tudung berwana merah jambu dilihat sedang belajar bermain lato-lato bersama sama seorang lagi perempuan yang asyik bermain permainan tersebut.
Pada malam yang gelap gelita baru-baru ini, pocong tersebut berada berhampiran sebatang pokok di belakang kedua-dua wanita berkenaan tetapi mereka tidak menyedari akan kehadirannya.
Kedua-dua wanita itu ketawa sambil bermain lato-lato, manakala si pocong asyik memerhatikan gelagat mereka.
Makhluk halus mungkin tertarik dengan lato-lato kerana ia mengeluarkan bunyi nyaring ketika dimainkan.
Masyarakat di sana di ingatkan untuk tidak bermain lato-lato pada waktu malam kerana bunyi permainan itu dipercayai menarik kehadiran makhluk halus.
Catat Ulasan