Singa Bergaduh Rempuh Kereta


Pengunjung sebuah taman safari di Pasuruan, wilayah Jawa Timur gempar apabila dua ekor singa bergaduh sehingga merempuh sebuah kereta yang sedang bergerak.

Dalam kejadian di Taman Safari Prigen itu, kedua-dua singa jantan tersebut dikatakan bergaduh di kawasan yang dikhaskan untuk haiwan berkenaan sebelum ia saling berkejar dan terlepas ke arah laluan  dipenuhi kereta.

Sebuah kenderaan kakitangan taman safari itu turut dilihat cuba mendekati kedua-dua haiwan itu.


Pemandu sebuah kereta berwarna merah kemudian terpaksa menghentikan kenderaannya apabila singa tersebut merempuh kenderaan itu.

Lampu belakang di sebelah kiri kereta tersebut pecah akibat rempuhan namun, pemiliknya kekal berada di dalam kereta ketika insiden berlaku.

Menurut pengurusan taman safari tersebut, mereka akan membayar pampasan insurans kepada pengunjung yang terlibat.

Menurut kata Pengurus Pendidikan Taman Safari II Jatim, Eko Windarto,ketika kejadian, pemilik kereta Yaris berwarna merah tidak membuat tuntutan insurans namun, pihaknya tetap akan membayar pampasan kepadanya.

Taman Safari Prigen mengamalkan konsep di mana haiwan-haiwan dibiarkan bebas dengan pengunjung boleh menyaksikan aksi haiwan dan memberi makan dari dalam kenderaan mereka.
 

0/kiriman komen