Tiang Cahaya Muncul


Fenomena Tiang Cahaya kelihatan di Johor Bahru malam tadi .Fenomena ‘Light Pillars’ tersebut muncul di langit malam dan dapat dilihat di kawasan sekitarnya.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia, Tiang Cahaya terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.


Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas.Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.

Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar.Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja, sebagai contoh pada tahun 2017 sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku ini.

Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari.
 

0/kiriman komen