Tinggal Motosikal Atas Jalan Dengar Siren Bomba


Seorang wanita  meninggalkan motosikal di tengah jalan raya kerana terlalu panik apabila mendengar bunyi siren bomba.

Sebelum itu beberapa pengguna jalan itu pada awalnya kelihatan berhenti di lampu isyarat merah.

Mereka kemudian beralih dari jalan tersebut untuk memberi laluan apabila sebuah jentera bomba membunyikan siren.


Seorang wanita tiba-tiba ketakutan ketika mendengar siren bomba lalu meninggalkan motosikalnya di tengah jalan.

Difahamkan, tindakan pemandu jentera bomba yang meminta pengguna jalan raya memberi laluan berkemungkinan membuatkan wanita itu panik.

Boleh jadi dia panik kerana takut lori atau kenderaan besar merempuhnya ketika mendengar siren. Disebabkan itu, wanita tersebut terus menyelamatkan diri..🤣🤣🤣🤣🤣
 

0/kiriman komen