Tinggalkan Motosikal Selepas ‘Dibelasah’ Mak Cik


Seorang wanita separuh usia nekad melawan dua peragut yang mencuri telefon bimbit miliknya, menyebabkan mereka  melarikan diri kerana ketakutan.


Klip video ini menunjukkan wanita terbabit melawan dua peragut yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal setelah mencuri telefon bimbit mangsa.

Namun, ketika  cuba melarikan diri, wanita tersebut dengan pantas menghalang motosikal mereka dengan memegang bahagian tempat duduk belakang.

Kudrat wanita itu sungguh kuat sehingga mampu menghalang motosikal tersebut dan menyebabkan  kedua-dua peragut terjatuh.

Selepas bertarung untuk seketika,  kedua-dua penjenayah itu segera beredar  dan meninggalkan motosikal mereka  kerana bimbang akan ditangkap oleh penduduk sekitar.

Memang hebat. Kuasa mak cik memang tidak ada lawan. Motosikal yang dinaiki dua lelaki terus jatuh..

Meskipun telefon bimbitnya dibawa lari, apabila difikirkan kembali, dia mendapat motosikal yang ditinggalkan oleh dua pencuri tersebut.

0/kiriman komen