Trak Pikap Pandu Melulu


Polis sedang mengesan pemandu trak pikap yang memandu secara melulu di bahagian kiri jalan sehingga melanggar sebuah kenderaan lain di Lebuh Raya Persekutuan, di sini kelmarin


Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mendapat kejadian tersebut yang tular di media sosial sekitar pukul 11.30 pagi semalam.

Katanya, kejadian tersebut berlaku kelmarin sekitar pukul 10.49 pagi membabitkan pacuan empat roda itu yang memotong semua kenderaan sepanjang jalan tersebut di bahagian kiri jalan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya sedang giat menjalankan usaha mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian itu.

Menurut Ku Mashariman, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menhubungi balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor M. Sivam di talian 017-3290749. 
 

0/kiriman komen