2 Singa Sarkas Terlepas Kandang


Dua ekor singa sarkas di wilayah Henan, China melarikan diri dari kandang melalui pintu yang tidak berkunci ketika persembahan sedang berlangsung sehingga menyebabkan berlakunya keadaan panik dalam kalangan penonton.


Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana penjaga haiwan berjaya memerangkap singa-singa tersebut untuk masuk semula ke dalam kandang.

Seorang saksi mendakwa bahawa pintu kandang haiwan itu tidak ditutup dengan selamat yang menyebabkan singa-singa tersebut dapat lolos darinya.

Salah seekor singa itu berlari keluar dari kandang dan kemudian dilihat berkeliaran di luar sarkas. 

Ia menimbulkan rasa panik dalam kalangan penonton tempatan dan pelancong asing yang dilihat melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, operasi sarkas itu telah digantung dan siasatan sedang dijalankan.
 

0/kiriman komen